Tuesday, January 20, 2009

"mr tatabahasa"

Kehadapan sahabat istimewaku Mr.Tatabahasa

Terima kasih atas perhatian dan teguran dari pihak tuan.Saya dengan naif dan daifnya menerima teguran dari pihak tuan dengan hati yang sangat terbuka.Tapi mungkin,artikal dan lirik-lirik lagu yang saya "publish"kan pada blog saya selepas ini,mungkin akan menyakitkan mata,hati dan jiwa Mr.Tatabahasa kerana,dalam blog saya ini,saya ingin lebih santai,sempoi dan hentam keromoh,hmm macam tulisan lirik kumpulan Butterfingers!"Ikut sukahati aku!"Tetapi sampai maksud nya dalam persembahan yang agak ringan dan sesuai dengan tajuknya,tidak terlalu puitis atau menggunakan kias-kiasan dalam ayat kecuali dalam artikal saya yang bertajuk "himpunan Berata dan konco-konconya"!Mungkin juga saya agak terikut dengan gelombang penulisan independent atau lebih mudah dengan kata "gelombang tulisan anak muda" dan terikut-ikut gaya penulisan mr hakim"FnB" atau terlalu banyak baca artikal dalam blog "tukar tiub" dan mungkin saya terbawa-bawa imej nyanyian ke dalam penulisan saya!Tentang tatabahasa pula,hmm saya masih ingat sewaktu belajar di sekolah,tatabahasa bermaksud
"PROSES PEMBENTUKAN KATA DAN AYAT" dan apa yang saya pelajari bersama sasterawan negara saudara Kalam Hamidi dan sedikit bacaan ruang belakang novel "Lantai T.Pinki tulisan sasterawan negara T.Sri S. Samad Said,tatabahasa adalah "perletakan ayat dalam konsep dan tatasusila dalam berbahasa!"Jadi,saya rasa mungkin tak salah dengan artikal yang "sembronoh."Dengan ayat teguran dari pihak tuan,"tatabahasa dan bahasa melayu....OUT",hmm mungkin selepas ini Mr.Tatabahasa boleh menegur dengan ayat yang lebih baik tatabahasanya supaya saya dapat belajar bagaimana untuk membuat artikal dan lirik-lirik yang lebih baik tatabahasanya!Hmm,saya nak tanya kalau Mr.Tatabahasa tau,saya kurang pasti apakah kualiti ayat dan tatabahasa dalam setiap lirik lagu yang di pertandingkan dalam AJL23 di ambil kira?Jika ya!kita boleh pertikaikan kemenangan MUH baru-baru ni,kerana susunan ayat dalam lirik "laguku untukmu" itu terlalu OUT tatabahasanya.Minta pihak tuan dapat memberi teguran dan tunjuk ajar kepada mereka juga,supaya "takdak" lah orang lain cakap nanti yang Mr.tatabahasa pilih kasih dalam mendidik anak bangsa!
SEKIAN Terima Kasih!

Monday, January 12, 2009

YAHUDI!

ingin ku hempas di batu yg keras,agar puas di hati,sakitnya melihat kau mendera!klau di biar akan menjadi kudis,semak kepala ini,keluhan,jerit perit,tak berguna!!!!!!!
hujan berapi,banjaran ASIA MINOR,menurut kisah,panji kemanusiaan,sehingga lahir seribu tafsiran,hujan berapi,laluan raja iskandar.tangisan yg tak henti mengalir,bagi air jatuh tersekat2,mmbilang,ketibaan hari kedamaian banjaran ASIA MINOR!kemana hilangnya,cinta kita,kemana hilangnya,ohh rasa persaudaraan,diantara kita?ku ingin tahu jawapannya..katakanlah pada ku!
tak siapa bisa memahamimu,kecuali meraka yg mengenalimu,seakrab isis dan kuku...perang yg tidak mungkin kan terhenti,selagi masjid AL-AQSA berdiri,usahlah engkau bermimpi....PALASTIN jgn lah kau menangis....PALASTIN!